widgeo.net
Halaman Utama
Logo GMS
Logo GMS
Pengenalan GMS
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmat-Nya yang sentiasa menaungi umat manusia. Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) merupakan organisasi mahasiswa yang akan bertindak secara vokal dalam menyuarakan tuntutan hak asasi dan keadilan untuk mahasiswa sejagat. Namun begitu suka untuk diperjelaskan bahawa eksistensi GMS adalah bermatlamatkan perjuangan untuk menurunkan harga yuran KUIS yang membebankan. Oleh itu perkara ini menjawab persoalan ramai pihak yang mempertikai kehadiran GMS sebagai organisasi yang tidak bermatlamat dan berperancangan. Susun atur gerak kerja GMS telah menelan beberapa ‘purnama’ sehinggalah menghampiri kemuncak pada jumaat yang lalu. Walaupun begitu himpunan aman tersebut bukanlah titik penyudah bagi perjuangan GMS yang akan terus berpencak sehinggalah matlamat harga yuran diturunkan tercapai. Kewujudan GMS adalah berdasarkan kesedaran yang memuncak untuk membela sahabat mahasiswa yang sedang dihimpit tekanan akibat kekangan harga yuran yang tinggi. Adalah diluar kemampuan GMS yang juga manusia biasa untuk hanya berpeluk tubuh melihat penderitaan saudara se-kampus menahan lapar sehingga memudaratkan diri dan pengajian. GMS bangkit dengan minda optimistik untuk merobah penderitaan kepada pembelaan. Walaupun banyak pandangan yang bersifat kontra dengan cara perjuangan GMS, namun kehadiran ribuan mahasiswa dalam himpunan memorandum yang lalu amat bermakna dalam memberi suntikan semangat kepada GMS untuk meneruskan momentum perubahan. Selaras dengan slogan Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa, GMS akan terus menggerakkan kuasa mahasiswa dalam menuntut pembelaan sehinggalah harga yuran diturunkan. “Jika rakyat sedar kuasa yang dimiliki mereka, lantas mereka akan memerintah”
Surat terbuka Pengerusi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) merangkap Presiden PMIUM
Sunday, November 15, 2009 Assalaamualaikum W.B.T… Salam ukhwah saya ucapkan buat seluruh mahasiswa & warga Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Semoga kalian terus meraih rahmat Allah dengan usaha & jihad yang tidak putus-putus dalam mendalami ilmu, berpatisipasi dalam aktivisme mahasiswa & mengendong beban dakwah sebagai sebuah entiti mahasiswa Islam. Klik disini untuk baca lagi
tv3 GMSkuis
Blog gerakan Mahasiswa Sedar(GMS) ditiru
Friday, November 20, 2009
Blog gerakan Mahasiswa Sedar(GMS) ditiru oleh pihak tidak bertanggungjawap dengan mengunakan alamat yang hampir sama bagi mengelirukan orang ramai.Mereka menggunakan header yang dicopy dari blog asal GMS.Yang membezakan blog ialah logo rasmi GMS warna latar yang berbeza.

Klik disini untuk baca lagi
posted by DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA @ 7:57 PM  
3 Comments:
  • At November 22, 2009 at 8:24 PM, Anonymous Anonymous said…

    Jangan bimbang. Kami tidak akan tertipu. Saya sendiri sudah lihat alamat sebenar blog GMS di risalah yang diedarkan oleh GMS. Inilah blog yang asli dan original. Semoga Allah melaknat kepada orang yang bertanggungjawab menimbulkan kekeliruan dan mengadu domba.

     
  • At November 24, 2009 at 3:02 AM, Blogger SRIKANDI STYLO said…

    btl 2...GMS yng asli tidak perlu takut...
    alamat sebener GMS hanyalah yang ini shj...selain dari tu adalah palsu..
    orang yang meniru dan memalsukan blog palsu itu berniat untuk mengelirukan pembaca2 untuk mengetahui tntg GMS...
    hnya Allah yang membalas perbuatan terkutuk itu,,bertaubatlah...
    salam juang untuk GMS!!!

     
  • At January 25, 2010 at 1:51 AM, Blogger syafiqramdzan said…

    teruskan perjuangan..."qulil haq walau kaana murran"
    Allah sentiasa bersama org2 yg benar.

     

Post a Comment

<< Home
 
About Me

Name: DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
Home:
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Email kami
gerakanmahasiswasedarkuis
@yahoo.com
Powered by

BLOGGER

© 2005 " DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA " Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Car Pictures