Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmat-Nya yang sentiasa menaungi umat manusia. Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) merupakan organisasi mahasiswa yang akan bertindak secara vokal dalam menyuarakan tuntutan hak asasi dan keadilan untuk mahasiswa sejagat. Namun begitu suka untuk diperjelaskan bahawa eksistensi GMS adalah bermatlamatkan perjuangan untuk menurunkan harga yuran KUIS yang membebankan. Oleh itu perkara ini menjawab persoalan ramai pihak yang mempertikai kehadiran GMS sebagai organisasi yang tidak bermatlamat dan berperancangan.
Susun atur gerak kerja GMS telah menelan beberapa ‘purnama’ sehinggalah menghampiri kemuncak pada jumaat yang lalu. Walaupun begitu himpunan aman tersebut bukanlah titik penyudah bagi perjuangan GMS yang akan terus berpencak sehinggalah matlamat harga yuran diturunkan tercapai. Kewujudan GMS adalah berdasarkan kesedaran yang memuncak untuk membela sahabat mahasiswa yang sedang dihimpit tekanan akibat kekangan harga yuran yang tinggi. Adalah diluar kemampuan GMS yang juga manusia biasa untuk hanya berpeluk tubuh melihat penderitaan saudara se-kampus menahan lapar sehingga memudaratkan diri dan pengajian.
GMS bangkit dengan minda optimistik untuk merobah penderitaan kepada pembelaan. Walaupun banyak pandangan yang bersifat kontra dengan cara perjuangan GMS, namun kehadiran ribuan mahasiswa dalam himpunan memorandum yang lalu amat bermakna dalam memberi suntikan semangat kepada GMS untuk meneruskan momentum perubahan. Selaras dengan slogan Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa, GMS akan terus menggerakkan kuasa mahasiswa dalam menuntut pembelaan sehinggalah harga yuran diturunkan.
“Jika rakyat sedar kuasa yang dimiliki mereka,
lantas mereka akan memerintah”
Surat terbuka Pengerusi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) merangkap Presiden PMIUM
Sunday, November 15, 2009
Assalaamualaikum W.B.T…
Salam ukhwah saya ucapkan buat seluruh mahasiswa & warga Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Semoga kalian terus meraih rahmat Allah dengan usaha & jihad yang tidak putus-putus dalam mendalami ilmu, berpatisipasi dalam aktivisme mahasiswa & mengendong beban dakwah sebagai sebuah entiti mahasiswa Islam.
Klik disini untuk baca lagi
tv3 GMSkuis
Demontrasi mengikut Pandangan Islam
Saturday, November 14, 2009
Soalan:
Banyak org berpendapat demontrasi adalah suatu perjuangan yang sia-sia, antara alasannya adalah: 1. Seolah-olah mereka yang berdemo itu dianggap sebagai golongan pemberontak sepertimana yang pernah berlaku di zaman Saidina Uthman. 2. Mereka juga dianggap golongan Khawarij kerana melawan pemerintah Islam. 3. Tidak patuh dan taat kepada pemerintah dan melanggar perintah Allah seperti firman-Nya dalam ayat 59 surah an-Nisa. 4. Sepatutnya menggunakan saluran yang betul dan berbincang dengan pihak pemerintah bagi mencari penyelesaian dan bukannya dengan berdemo. 5. Tindakan berdemo tidak menepati hikmah dalam berdakwah. Dan banyak lagi.
Jawapan: Persepsi dan sikap seorang Muslim dalam apa jua bidang dan isu yang dihadapi perlu menurut haluan dan tunjuk ajar al-Quran dan hadis. Pendiriannya perlu diselaraskan dengan ajaran asas dan trend pemikiran umat Islam, yang terdiri daripada para alim ulama yang faqih, ikhlas, berani serta mempunyai integriti.
Orang-orang Islam berhak untuk melakukan demonstrasi untuk meluahkan perasaan mereka dan menyatakan tuntutan yang dibenarkan oleh syarak. Ia bertujuan untuk menyampaikan kehendak mereka kepada pemegang tampuk pemerintahan dan pembuat undang2. Dengan mengadakan perhimpunan secara beramai2 ia lebih didengari oleh pihak yg berkuasa daripa suara individu. Semakin ramai yang berhimpun semakin memberi kesan kepada perlaksanaan tuntutan tersebut. Kerja-kerja secara berjemaah lebih berkesan dari kerja-kerja individu. Oleh itu Allah berfirman:
“Dan hendaklah kamu tolong menolong melakukan kebaikan dan ketakwaan.” (2: al-Maidah)
Rasulullah saw bersabda:
المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا وشبك بين أصابعه
Maksudnya: “Orang-orang beriman seumpama bangunan, saling menguatkan sesame mereka.” Baginda menggenggam diantara jari jemarinya.
Dalil kepada pensyariatannya adalah sesungguhnya perkara ini adalah termasuk dalam perkara adat dan hal ehwal kehidupan manusia. Asal bagi perkara sebegini adalah harus. Kaedah menyatakan:
أن الأصل في الأشياء الإباحة
“Asal hukum bagi sesuatu perkara adalah harus.”
Ini adalah merangkumi perkara adat dan muamalat sekiranya tidak ada nas yang jelas yg mengharamkannya.
Dalam hadis ada menyatakan;
"ما أحل الله في كتابه فهو حلال ، وما حرم فهو حرام ، وما سكت عنه فهو عفو ، فاقبلوا من الله عافيته ، فإن الله لم يكن لينسى شيئا. " وتلا (وما كان ربك نسيا) مريم: 64
Maksudnya: “ Apa2 yang Allah halalkan dalam Al-Quran adalah halal, apa yang Allah haramkan adalah haram dan apa yang tidak disebut ia adalah kemaafan. Terimalah kemaafan daripada Allah. Sesungguhnya Allah tidak sesekali melupai sesuatu. Baginda membaca ayat “Dan tuhan kamu sesekali tidak lupa.” (Maryam : 64)
Diantara perkara yang menunjukkan kepada kaedah ini adalah hadis sahih yg diriwayatkan oleh saidina Jabir ra, beliau berkata:
"كنا نعزل والقرآن ينزل ، فلو كان شيء ينهى عنه لنهى عنه القرآن."
Maksudnya: “sesungguhnya kami melakukan azal (memancutkan air mani diluar rahim isteri) dalam keadaan wahyu masih diturunkan. Kalaulah ada sesuatu yang dilarang, nescaya Quran akan melarangnya.
Ini menunjukkan apa2 yang tidak disebut wahyu adalah tidak dilarang.
Walaupun ia tidak wujud dizaman Nabi tetapi ia bukanlah bidah yg diharamkan. Dizaman selepas kewafatan Nabi saw banyak perkara2 yang baru tetapi ia bukan dianggap dalam bidah yang diharamkan. Contohnya Umar melaksanakan Kalendar hijrah dan mewujudkan penjara untk pesalah. Begitu juga sistem hisbah yg dilaksanakan di zaman selepas kewafatan Nabi saw.
Mengharamkan perkara ini kerana ia diambil dari orang kafir adalah ditolak. Ini kerana Rasulullah saw mengambil kubu dengan parit besar dari orang farsi. Baginda juga membuat cop kerna mengikut raja2 luar yg tidak menerima urusan rasmi melainkan dgn cop.
Perkara yang kebaikan yg tidak ada zaman Nabi, tidak ada zaman sahabat, diakui oleh syara’, tidak bertentangan dgn syara’.
Para ulama menggunakan kaedah secara langsung (mazhab Maliki) dan secara tidak langsung (mazahab2 yg lain) seperti yg disebut oleh Imam Qarafi.
Demonstrasi jalanan termasuk dari termasuk dalam maslahah mursalah.
2. Lilwasail hukmul maqasid
Hukum perantara mengikut hukum tujuan. Ia seumpama tv. Ia adalah perkara yang baru. Jika digunakan untuk tujuan kebaikan maka diharuskan atau disunatkan. Jika digunakan untuk tujuan keburukan maka diharamkan.
Ini termasukalah hukum demonstrasi. Ia bergantung kepada tujuan diadakan demokrasi tersebut.
Demonstrasi atau tunjuk perasaan dalam sunnah.
Ketika mana saidina Umar menyatakan keislamannya di ruma al-Arqam bin Abi al-Arqam beliau berkata: “Ya Rasulullah , bukankah kita berada di atas kebenaran samaada kita mati ataupun kita hidup?” Baginda menjawab “Demi tuhan yang mana diriku dalam kuasanya, sesungguhnya kamu berada dalam kebenaran samaada kamu mati atau pun kamu hidup.” Umar membalas “Sebab apa kita perlu bersembunyi. Demi tuhan yg membangkitkan kamu dgn kebenaran kamu mesti keluar di khalayak ramai.” Maka mereka mengeluarkan Nabi berada di dalam dua saf. Hamzah ada pada salah satu saf dan aku dalam satu saf lagi. Debu2 tanah yg halus menyelebungi perjalanan mereka. Mereka berjalan sehingga sampai masjid, aku melihat kaum quraisy dan ke arah hamzah. Orang quraisy ditimpa kesedihan yang mereka tidak pernah mereka alami sebelum itu. Dari pada peristiwa ini Rasul menamakan aku al-Faruq.
Hendaklah ia bebas dr perkara2 yg dilarang seperti percampuran lelaki perempuan tanpa batasan, merosakkan harta orang lain, meninggalkan kewajipan yang lain dan sebagainya.
Ini adalah pandangan Dr Yusuf Qardawi dalam laman webnya qaradawi.net. Rujukan: Laman web rasmi Dr Yusuf qardawi.
sgt bersetuju..teruskan perjuangan..
Sesungguhnya, mendapatkan kemenangan itu sgt hampir pd org2 yg sabar dan istiqamah