widgeo.net
Halaman Utama
Logo GMS
Logo GMS
Pengenalan GMS
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmat-Nya yang sentiasa menaungi umat manusia. Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) merupakan organisasi mahasiswa yang akan bertindak secara vokal dalam menyuarakan tuntutan hak asasi dan keadilan untuk mahasiswa sejagat. Namun begitu suka untuk diperjelaskan bahawa eksistensi GMS adalah bermatlamatkan perjuangan untuk menurunkan harga yuran KUIS yang membebankan. Oleh itu perkara ini menjawab persoalan ramai pihak yang mempertikai kehadiran GMS sebagai organisasi yang tidak bermatlamat dan berperancangan. Susun atur gerak kerja GMS telah menelan beberapa ‘purnama’ sehinggalah menghampiri kemuncak pada jumaat yang lalu. Walaupun begitu himpunan aman tersebut bukanlah titik penyudah bagi perjuangan GMS yang akan terus berpencak sehinggalah matlamat harga yuran diturunkan tercapai. Kewujudan GMS adalah berdasarkan kesedaran yang memuncak untuk membela sahabat mahasiswa yang sedang dihimpit tekanan akibat kekangan harga yuran yang tinggi. Adalah diluar kemampuan GMS yang juga manusia biasa untuk hanya berpeluk tubuh melihat penderitaan saudara se-kampus menahan lapar sehingga memudaratkan diri dan pengajian. GMS bangkit dengan minda optimistik untuk merobah penderitaan kepada pembelaan. Walaupun banyak pandangan yang bersifat kontra dengan cara perjuangan GMS, namun kehadiran ribuan mahasiswa dalam himpunan memorandum yang lalu amat bermakna dalam memberi suntikan semangat kepada GMS untuk meneruskan momentum perubahan. Selaras dengan slogan Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa, GMS akan terus menggerakkan kuasa mahasiswa dalam menuntut pembelaan sehinggalah harga yuran diturunkan. “Jika rakyat sedar kuasa yang dimiliki mereka, lantas mereka akan memerintah”
Surat terbuka Pengerusi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) merangkap Presiden PMIUM
Sunday, November 15, 2009 Assalaamualaikum W.B.T… Salam ukhwah saya ucapkan buat seluruh mahasiswa & warga Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Semoga kalian terus meraih rahmat Allah dengan usaha & jihad yang tidak putus-putus dalam mendalami ilmu, berpatisipasi dalam aktivisme mahasiswa & mengendong beban dakwah sebagai sebuah entiti mahasiswa Islam. Klik disini untuk baca lagi
tv3 GMSkuis
GMS Mendesak Yuran Turun
Wednesday, November 11, 2009

Dalam keghairahan KUIS untuk mengejar statusnya untuk mencapai taraf Universiti penuh, pelbagai perubahan drastik dan pembangunan yang begitu pesat membangun telah dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat tersebut. Serentak dengan hasrat murni itu juga, mahasiswa KUIS telah dibebankan dengan kenaikkan harga yuran yang begitu mendadak yang sememangnya menjadi bebanan dan tekanan yang amat dahsyat di kalangan mahasiswa KUIS khususnya.

Menurut kajian, kenaikan yuran KUIS telah dirasai sekitar 2006 dan kemuncak kepada peningkatan yuran ialah pada tahun 2007 di mana ia naik sehingga dua kali ganda. Kenaikan ini sekaligus membebankan mahasiswa sehingga menyebabkan segelintir daripada mereka terpaksa menangguhkan pengajian dan ada yang terus berhenti. Selain itu juga, peningkatan kadar yuran KUIS tidak setimpal dengan kemudahan yang disediakan.

FAKTA KES

Pada 27 Oktober 2009 pihak Gabungan Mahasiswa Sedar (GMS) yang terdiri daripada beberapa pimpinan pelajar telah melakukan pertemuan dan edaran secara langsung kepada mahasiswa khususnya yang tinggal di asrama. Hasil kutipan borang kaji selidik tersebut pihak GMS berjaya mengumpul sebanyak 1,882 respondan.

Edaran borang soal selidik ini dilakukan adalah bertujuan bagi mendapatkan maklum balas secara kolektif daripada mahasiswa berkenaan dengan isu kenaikan yuran. Pertanyaan dari borang soal selidik yang dibuat adalah seperti berikut:

1. Saya berpuas hati dengan kadar yuran yang ditetapkan.

2. Saya merasakan yuran di sini lebih murah berbanding yuran di IPTS yang lain.

3. Pinjaman yang saya perolehi dapat membiayai yuran pengajian dan kos sara diri saya.

4. Saya merasakan pihak pengurusan wajar mengenakan caj perkhidmatan pengangkutan (bas) dan CyberCafe walaupun sudah termasuk di dalam yuran fasiliti.

5. Pihak pengurusan perlu membentangkan penyata kewangan bendahari kepada mahasiswa.

6. Kemudahan yang saya perolehi bersesuaian dengan yuran perkhidmatan yang dikenakan.

7. Saya merasakan yuran pengajian tidak membebankan dan tidak mempengaruhi sesi pembelajaran saya.

8. Pada pandangan anda, wajarkah yuran diturunkan? Sekiranya ya, nyatakan sebab.

9. Adakah anda akan turut bersama-sama dengan gerakan mahasiswa dalam usaha menurunkan harga yuran.

Pada 2 november 2009, rundingan 3 pihak diantara Jabatan pembangunan Mahasiswa (JPM), Bendahari KUIS dengan pihak GMS sendiri berkenaan isu yuran ini telah dinafikan atas alasan tidak mempercayai suara mahasiswa

Pertemuan terus diadakan dengan Timbalan Rektor Akademik dan Mahasiswa yang turut dihadiri oleh Pengarah Akademi Islam KUIS dan dua timbalannya pada 3 november 2009. Dalam perbincangan tersebut, Timbalan Rektor berdolak dalih dengan memberi pelbagai alasan dan timbul keraguan di pihak GMS apabila Timbalan Rektor menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui berkenaan maklumat kenaikan yuran. Beliau juga meminta pihak GMS supaya mengemukakan bukti kolektif suara mahasiswa berkenaan isu ini.

Sehubungan dengan itu, pihak GMS telah mengambil inisiatif mengadakan sesi penerangan (speaking corner) bermula 3 november 2009 sehingga 5 November 2009. Ini adalah langkah yang diambil hasil daripada persoalan yang ditimbulkan oleh mahasiswa dalam mendapatkan penjelasan mengenai isu ini.

Pada 5 November 2009, pihak GMS dengan kerjasama pihak masjid serta pimpinan-pimpinan pelajar telah menganjurkan solat hajat perdana selepas solat fardhu isya’ berkenaan isu ini. Solat hajat perdana tersebut telah dihadiri seramai kira-kira 400 orang mahasiswa. Selepas solat hajat tersebut sesi penerangan bergerak terus diadakan berhampiran asrama pelajar yang mendapat sambutan hampir 1000 orang.

6 November 2009 adalah hari kemuncak perhimpunan aman dan penyerahan memorandum kepada Rektor KUIS.

PENDIRIAN GMS

Oleh itu, GMS ingin menegaskan bahawa pihak berwajib mesti menurunkan kadar yuran berdasarkan tuntutan-tuntutan bertulis di dalam memorandum.

“Dari mahasiswa untuk mahasiswa”

Gabungan Mahasiswa Sedar (GMS)

posted by DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA @ 8:20 PM  
8 Comments:
  • At November 13, 2009 at 1:43 AM, Blogger Unknown said…

    Meh saya persoalkan; Hasil kutipan borang kaji selidik tersebut pihak GMS berjaya mengumpul sebanyak 1,882 respondan.

    Eh, kuis ni ada berapa ribu orang sebenarnya?

    1882 belum mewakili majoritilah. Ni kalau buat prk, sah kalah awal dan deposit mesti tak boleh pulang semula. Tapi mana ada deposit kan?

    1 lagi, kalau tanya sama saya, saya pun ka yuran turun. Tetapi ni ipts maa, bukan ipta. Nak murah, belajaq pandai2 masuk ipta.

     
  • At November 13, 2009 at 3:18 AM, Blogger hamba allah said…

    btol 2 klo nk mrh msk la ipta... orng srh blaja pndai2 xnk...pas2 nk kecoh plk nk trn kn yrn...
    nk mrh bkk la kolej sndri...
    lg satu nk mntk trn kn yrn tp mse prhmpunan himsis mntk mcm2..nk astro la ap la...ap ke banggang la korng ne!!!!
    klo btol la pihk kuis ad pyelewngan tunjuk kn la bkti...kate GMS ad bkti kukuh...

     
  • At November 13, 2009 at 11:36 PM, Blogger forever love said…

    aku sokong pe yg hamba Allah n ibn ali...kalo pun da jd universiti..yuran kita still mahal la..coz kite nie bibawah naugan kerajaan selangor..bukan kerajaan malaysia..sedar x benda2 nie..??

    kenapa korang xleh terima fakta2 yang telah dinyatakan..?? keluarla dari KUIS nie weyh kalo nk yuran turun..pi IPTA..korang kan bijak2...

     
  • At November 16, 2009 at 12:57 AM, Blogger SRIKANDI STYLO said…

    salam shbt2...
    knpa asyik mementingkan diri sendiri shj...fikirkanlah shbt2 kita yang lain,jgn pandang pada dri kita jer!!
    kalau dah rezeki kita mmg di kuis nie...nak wat pe nak keluar dari sini..
    kita cuma nak minta hak kita yang sepatutnya kita dapat...kalau shbt2 dah bijak sgt dari kecik,, knape pilih kuis jugak nak blajar ?? xke sama je...blajarlah kat ipta atau luar negara...lg standard!!
    kalau dah xnak amik tawu sgt ttg dunia kampus nie...baik hidup sorang2...
    sy sokong dgn ape yang gms bawak...mereka bawak suara mahasiswa untuk mendapatkan hak yang sepatutnya yang mahasiswa dapat...
    sy rasa kalau ada yng tentang 2 mg dia xtahu menahu ttg dunia kampus,kebajikan, dan pnyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran sebenar-benarnya...
    shbt2...kajilah dahulu sblum menghamburkan kata2...trima kasih GMS!!
    salam juang buat GMS!!!!
    truskan perjuangan...jgn henti!!
    SOKONG GMS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

     
  • At November 16, 2009 at 6:21 PM, Blogger Unknown said…

    x habis-habis emo. bagilah fakta. berjuang kena dipandukan teori ilmu dan fakta, cik kak. Asif, saya tak begitu pandai menyusun ayat.

     
  • At November 18, 2009 at 6:53 AM, Blogger DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA said…

    Erm apa nyer hak mahasiswa..yang srikandi stylo perjuangkan...dimana haknye...hak untuk belajar..dah ada...hak untuk belajar free yang korang nak....sebenarnya....korang mmemang emo...fikirlah..kuis ni ipts...bukan IPTA, ko tahu ke sebulan berapa bil elektrik KUIS...RM 100 000 lebih tau tak,,,sape yg bayar...kalau tak kuis..sendiri ko ingat free ke..IPTA USIM je dpt 91 juta dari kerajaan tapi yuran kena bayar jugak,,,patut USIM free ajelah..

     
  • At November 24, 2009 at 12:55 AM, Blogger Arrazzi Alhafiz Alattas said…

    (Pada 5 November 2009, pihak GMS dengan kerjasama pihak masjid serta pimpinan-pimpinan pelajar telah menganjurkan solat hajat perdana selepas solat fardhu isya’ berkenaan isu ini. Solat hajat perdana tersebut telah dihadiri seramai kira-kira 400 orang mahasiswa. Selepas solat hajat tersebut sesi penerangan bergerak terus diadakan berhampiran asrama pelajar yang mendapat sambutan hampir 1000 orang.)

    Saya sudah merujuk pihak Masjid Al-Azhar tentang hal ini. Namun pihak Nazir dan AJK Masjid menafikan perkara ini. Tiada solat hajat dalam isu yang dinyatakan. Yang ada hanya program pelajar tahfiz dan kehadiran mereka adalah kerana di situ adalah program khusus bagi pelajar Jabatan Tahfiz.

    Jumlah pelajar yang bersolat pada ketika itu adalah 3 saf. Ini bermakna ia tidak lagi mencecah 250 org apalagi 400. Itupun bukan atas isu yang dibangkitkan ini.

    Mohon penjelasan

     
  • At May 3, 2010 at 11:17 PM, Blogger dee said…

    ???
    jgn gaduh2...apa2 pun byk2 la bsabar.
    Allah dekat dgn antum.x pyh kecoh2..
    "Hanya kpd Engkau kami sembah dan hanya kpd Engkau kami minta pertolongan." - al Fatihah

    salam KEJAYAAN!

    .:pintar soleh serba boleh:.

     

Post a Comment

<< Home
 
About Me

Name: DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
Home:
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Email kami
gerakanmahasiswasedarkuis
@yahoo.com
Powered by

BLOGGER

© 2005 " DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA " Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Car Pictures