Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmat-Nya yang sentiasa menaungi umat manusia. Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) merupakan organisasi mahasiswa yang akan bertindak secara vokal dalam menyuarakan tuntutan hak asasi dan keadilan untuk mahasiswa sejagat. Namun begitu suka untuk diperjelaskan bahawa eksistensi GMS adalah bermatlamatkan perjuangan untuk menurunkan harga yuran KUIS yang membebankan. Oleh itu perkara ini menjawab persoalan ramai pihak yang mempertikai kehadiran GMS sebagai organisasi yang tidak bermatlamat dan berperancangan.
Susun atur gerak kerja GMS telah menelan beberapa ‘purnama’ sehinggalah menghampiri kemuncak pada jumaat yang lalu. Walaupun begitu himpunan aman tersebut bukanlah titik penyudah bagi perjuangan GMS yang akan terus berpencak sehinggalah matlamat harga yuran diturunkan tercapai. Kewujudan GMS adalah berdasarkan kesedaran yang memuncak untuk membela sahabat mahasiswa yang sedang dihimpit tekanan akibat kekangan harga yuran yang tinggi. Adalah diluar kemampuan GMS yang juga manusia biasa untuk hanya berpeluk tubuh melihat penderitaan saudara se-kampus menahan lapar sehingga memudaratkan diri dan pengajian.
GMS bangkit dengan minda optimistik untuk merobah penderitaan kepada pembelaan. Walaupun banyak pandangan yang bersifat kontra dengan cara perjuangan GMS, namun kehadiran ribuan mahasiswa dalam himpunan memorandum yang lalu amat bermakna dalam memberi suntikan semangat kepada GMS untuk meneruskan momentum perubahan. Selaras dengan slogan Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa, GMS akan terus menggerakkan kuasa mahasiswa dalam menuntut pembelaan sehinggalah harga yuran diturunkan.
“Jika rakyat sedar kuasa yang dimiliki mereka,
lantas mereka akan memerintah”
Surat terbuka Pengerusi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) merangkap Presiden PMIUM
Sunday, November 15, 2009
Assalaamualaikum W.B.T…
Salam ukhwah saya ucapkan buat seluruh mahasiswa & warga Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Semoga kalian terus meraih rahmat Allah dengan usaha & jihad yang tidak putus-putus dalam mendalami ilmu, berpatisipasi dalam aktivisme mahasiswa & mengendong beban dakwah sebagai sebuah entiti mahasiswa Islam.
Klik disini untuk baca lagi
Kuala Lumpur 15 Nov – Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) hari ini mendesak pihak pentadbiran dan pengurusan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) agar segera bertindak terhadap desakan mahasiswa yang menuntut pengurangan yuran pengajian mereka.
Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Yang Di Pertuanya, Mohammad Hafiz Bin Ilyas dalam kenyataannya.
Katanya, KUIS harus meneliti sejauh mana tuntutan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) yang mendakwa yuran pengajian yang dikenakan kepada mahasiswa kolej itu terlalu tinggi.
tahniah adik2 n sahabat2..teruskan pjuangan. biarpun terlalu banyak mehnah yg mendatang. hanya kalian yang berani tampil mempertahankan hak2 yang mahasiswa miliki. berani dan terus berani, jangan goyah walaupun sedikit kerana pasti kemenangan menjadi milik kalian.
mara GMS, mara..!!
ya ALLAH, permudahkanlah urusan sahabat2ku ini. bantulah mereka dalam memperjuangkan agamamu..amin.-k.yue x-kuis
alhamdulillah...perjuangan kite teruskan... bukan pejuang kalau takot pada halangan... Berjuang mmg adatnya byk halangan.. hanya kerana kite terus berani atau mendiamkan diri menentu masa depan.. Teruskan perjuangan sahabat2 sekalian.. saya juga sentiasa mendukung dan menyokong perjuangan ini.. Hak2 bersuara yg sering kali d kongkong pihak pengurusan...
berjuang atas nama apa, kebenaran ? tapi tidak disokong fakta dan membuat kenyataan palsu, gopoh dan bias. Anda menyokong hak bersuara...yang bagaimana...? semasa HIMSIS, pensayarah, MPM dan juga wakil pelajar yang bersuara tapi adakah kamu mendengar...terpekik terlolong mcm makhluk yang tak berakal..?...hak bersuara apa...kalau kemu sendiri tak hormati orang memberi penerangan...
tahniah adik2 n sahabat2..teruskan pjuangan. biarpun terlalu banyak mehnah yg mendatang.
hanya kalian yang berani tampil mempertahankan hak2 yang mahasiswa miliki. berani dan terus berani, jangan goyah walaupun sedikit kerana pasti kemenangan menjadi milik kalian.
mara GMS, mara..!!
ya ALLAH, permudahkanlah urusan sahabat2ku ini. bantulah mereka dalam memperjuangkan agamamu..amin.-k.yue x-kuis