Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmat-Nya yang sentiasa menaungi umat manusia. Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) merupakan organisasi mahasiswa yang akan bertindak secara vokal dalam menyuarakan tuntutan hak asasi dan keadilan untuk mahasiswa sejagat. Namun begitu suka untuk diperjelaskan bahawa eksistensi GMS adalah bermatlamatkan perjuangan untuk menurunkan harga yuran KUIS yang membebankan. Oleh itu perkara ini menjawab persoalan ramai pihak yang mempertikai kehadiran GMS sebagai organisasi yang tidak bermatlamat dan berperancangan.
Susun atur gerak kerja GMS telah menelan beberapa ‘purnama’ sehinggalah menghampiri kemuncak pada jumaat yang lalu. Walaupun begitu himpunan aman tersebut bukanlah titik penyudah bagi perjuangan GMS yang akan terus berpencak sehinggalah matlamat harga yuran diturunkan tercapai. Kewujudan GMS adalah berdasarkan kesedaran yang memuncak untuk membela sahabat mahasiswa yang sedang dihimpit tekanan akibat kekangan harga yuran yang tinggi. Adalah diluar kemampuan GMS yang juga manusia biasa untuk hanya berpeluk tubuh melihat penderitaan saudara se-kampus menahan lapar sehingga memudaratkan diri dan pengajian.
GMS bangkit dengan minda optimistik untuk merobah penderitaan kepada pembelaan. Walaupun banyak pandangan yang bersifat kontra dengan cara perjuangan GMS, namun kehadiran ribuan mahasiswa dalam himpunan memorandum yang lalu amat bermakna dalam memberi suntikan semangat kepada GMS untuk meneruskan momentum perubahan. Selaras dengan slogan Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa, GMS akan terus menggerakkan kuasa mahasiswa dalam menuntut pembelaan sehinggalah harga yuran diturunkan.
“Jika rakyat sedar kuasa yang dimiliki mereka,
lantas mereka akan memerintah”
Surat terbuka Pengerusi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) merangkap Presiden PMIUM
Sunday, November 15, 2009
Assalaamualaikum W.B.T…
Salam ukhwah saya ucapkan buat seluruh mahasiswa & warga Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Semoga kalian terus meraih rahmat Allah dengan usaha & jihad yang tidak putus-putus dalam mendalami ilmu, berpatisipasi dalam aktivisme mahasiswa & mengendong beban dakwah sebagai sebuah entiti mahasiswa Islam.
Klik disini untuk baca lagi
tv3 GMSkuis
Salam Maail hijrah
Thursday, December 17, 2009
Salam Maal Hijrah Dari Kami Gerakan Mahasiswa Sedar
Seluruh pemimpin mahasiswa perlu tampil bantah BTN
Rata-ratanya umum sudah mengetahui doktrinisasi yang diamalkan UMNO melalui BTN yang sememangnya berbaur kepentingan politik dan perkauman yang melampau.
Membakar semangat kemelayuan, membunuh simpati terhadap pembangkang dan kemudian mendewa-dewakan UMNO sebagai penyelemat bangsa terus menjadi modus operandi BTN untuk memelihara survival UMNO.
Sepanjang pengalaman menyertai program BTN di sekolah, memang cukup menyedihkan apabila melihat penceramah yang memiliki mustawa ilmu yang cukup tinggi namun sanggup menjadi balaci yang membenarkan pembohongan.
Pada perkiraan saya, BTN tidak lagi memainkan peranan yang sebenar dalam memupuk semangat patriotisma namun lebih menjurus kepada perpecahan akibat sentimen permusuhan politik dan bangsa.
Sewajarnya, untuk membandingkan aktivisme gerakan mahasiswa dahulu, dengan gerakan mahasiswa hari ini adalah amat tidak releven. Seumpama meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya.
Mahasiswa dahulu diambil kira kehebatannya melalui gerakan-gerakan demonstrasi dan siri-siri desakan yang kebanyakannya menuju kepada pihak pemerintah. Sebagai contoh dalam tahun 1974, mahasiswa menggerakkan demonstrasi 5,000 rakyat di Kelab Sultan Selangor mendesak kerajaan mengambil tindakan segera terhadap masalah kemiskinan di Baling.
Lebih dari itu pada tahun yang sama di Universiti Malaya, mahasiswa yang diketuai presiden PMUM Kamaruzzaman Yaakub, membina sejarah apabila mengambil alih pentadbiran UM hanya kerana isu kenaikan harga makanan.
Nampak ketika itu, mahasiswa begitu konsisten bersifat radikal dan desakan dan ia diterima sebagai satu perjuangan di mata rakyat.
GMS gesa wakil rakyat serius selesai masalah air Labuan
Thursday, December 10, 2009
Bangi 10 Disember 09:37 a.m │ Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) menggesa wakil rakyat YB Hj Yusoff Bin Mahal (foto) memberi perhatian serius kepada isu air yang melanda wilayah persekutuan tersebut.
“GMS juga ingin menggesa wakil rakyat Labuan YB Hj Yusoff Bin Mahal untuk memberi perhatian yang serius berhubung isu ini.
Bertepatan dengan konsep 1 Malaysia yang menjadi tema kepimpinan Perdana Menteri, GMS berharap wakil rakyat labuan dapat turun padang untuk mendengar rintihan seterusnya memberi penjelasan yang memuaskan kepada masyarakat labuan.
Biarpun isu air labuan merupakan permasalahan yang rumit, namun tindakan berdiam diri tanpa penjelasan yang memuaskan kepada rakyat hanya akan mengundang rasa tidak puas hati yang berterusan,” ujar Ahmad Syafiq Akmal Ahmad Kamil selaku pengerusi GMS dalam kenyataan media gerakan berkenaan semalam.
Thursday, December 3, 2009 PENCAPAIAN TERKINI HASIL DARIPADA PERJUANGAN MAHASISWA KUIS
Melalui mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang telah diadakan pada 26 November yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor melalui arahan YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Bin Ibrahim telah menetapkan keputusan berikut:
Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) tidak menafikan bahawa sebarang kenaikan yuran adalah melalui kelulusan daripada pihak KPT. Persoalan yang kita mohon dipertimbangkan adalah bagaimana pihak KUIS boleh mengcadangkan kenaikan kadar yuran yang terlalu tinggi. klik disini untuk baca lagi
SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM) KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ISU YURAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (KUIS)
Dalam usaha membangunkan idealisme anak muda dan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga tidak pernah terkecuali daripada perjuangan bagi menyuarakan soal kebajikan mahasiswa dan anak muda. SMM akan sentiasa memperjuangkan kebajikan mahasiswa lebih-lebih lagi soal kebajikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Justeru SMM mengeluarkan kenyataan ini bagi menyokong tindakan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) yang memperjuangkan keluhan dan rasa tidak puas hati mahasiswa KUIS akibat daripada kenaikan harga yuran yang begitu membebankan. SMM dengan ini berpendirian dengan tegas bahawa isu ini hendaklah diambil serius oleh pihak pentadbiran universiti dan mana-mana pihak yang bertanggungjawab.
Salam perubahan, Segala puji bagi Allah yang menerangi bumi ini dengan cahaya matahari pada siang hari, dan memantulkan cahaya matahari ke bulan pada malamnnya. Apa yang lebih besar kekuasaanNya ialah cahaya agamaNya iaitu Islam tidak akan selama-lamanya padam. Sahabat-sahabat yang dikasihi, Kita tiada apa-apa kepentingan di Dunia ini melainkan tanaman-tanaman yang akan kita tuai untuk dibawa ke Akhirat kelak. Sama ada tanaman itu baik atau tidak ia terpulang kepada kita untuk membajainya....
Sekumpulan mahasiwa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menyerahkan memorandum mendesak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim campur tangan bagi mengurangkan kadar yuran bagi pengajian diploma dan ijazah di kolej tersebut.
Kolej tersebut, yang terletak di Nilai, milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Memorandum itu diserahkan oleh Presiden Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) di kolej berkenaan Ahmad Syafiq Akmal Ahmad Kamil kepada ketua setiausaha sulit menteri besar, Norzatun Aini Mohd Kassim di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam jam 3.30 petang ini.
Ahmad bersama kira-kira 40 pelajar KUIS tiba di bangunan SUK setengah jam lebih awal untuk menyerahkan memorandum itu.
Ketika dihubungi Malaysiakini selepas penyerahan itu, Ahmad berkata Norzatun Aini berjanji akan akan menyerahkan memorandum itu kepada menteri besar untuk perhatian lanjut.
Blog gerakan Mahasiswa Sedar(GMS) ditiru oleh pihak tidak bertanggungjawap dengan mengunakan alamat yang hampir sama bagi mengelirukan orang ramai.Mereka menggunakan header yang dicopy dari blog asal GMS.Yang membezakan blog ialah logo rasmi GMS warna latar yang berbeza.